NetKL ada buat backup hosting/website?

<Bahasa Melayu>

 

Soalan : NetKL ada buat backup hosting/website tak ya?

 

Jawapan :

Ya, NetKL buat 'full backup' hosting klien setiap hari (bermula dari 12.01 pagi, sehingga 6 pagi).

Walaubagaimanapun, setiap kali backup baru dibuat, ia akan 'overwrite' (delete/replace) backup lama (yang dibuat pada hari sebelum nya).

Ini bermaksud; akan hanya ada 1 backup sahaja pada satu2 masa, iaitu: backup yang dilakukan pada hari tersebut (yang dibuat antara 12.01 pagi, sehingga 6 pagi)

Contohnya: backup yang dibuat pada hari ini, telah padam & gantikan backup lama yang dilakukan semalam.

Oleh itu, jika website anda sudah mengandungi error selama beberapa hari/minggu/bulan, backup terbaru yang dibuat pada hari ini, sudah pasti mengandungi error yang sama.

Saranan kami ialah :

- Sila buat backup sendiri sentiasa, lebih2 lagi SEBELUM dan SELEPAS anda edit/update website, dan sila simpan backup tersebut di PC/desktop/thumbdrive anda.

 

Ada 2 cara untuk buat backup, iaitu :

 

1) Method 1 :

- jika anda pernah install WordPress menggunakan Softaculous Auto-Installer (di cPanel) sebelum ini, anda boleh buat backup untuk website tersebut pada bila2 masa.

- dengan cara ini, sekiranya website anda 'rosak' suatu hari nanti, anda boleh restore sahaja backup tersebut pada bila2 masa, dengan mudah.

- buat backup website WordPress sangat mudah.

- ini panduan video nya : https://youtu.be/EP-hKmHP5lY

- jika perlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami di Livechat : https://m.me/netkl :)


atau 

 

2) Method 2 :

- selain itu, jika akaun hosting anda mengandungi banyak website di dalam nya (seperti : Main Domain, Addon Domain, subdomains, dan sebagainya), dan anda mahu buat FULL BACKUP (untuk kesemua website & email sekaligus), anda boleh lakukannya di dalam cPanel.

- dengan cara ini, sekiranya anda mahu restore backup itu di kemudian hari, kita boleh restore ia pada bila2 masa, dengan mudah.

- cara buat FULL BACKUP sangat mudah.

- ini panduan video nya : https://youtu.be/37QUlA2yCnY

- jika perlukan sebarang bantuan, sila hubungi kami di Livechat : https://m.me/netkl :)

 

PENTING :

- Sila ambil maklum bahawa; kesemua fail backup diatas akan kekal berada di dalam hosting anda (dan makan ruang Disc Space), selagi anda tidak delete fail2 backup tersebut.

- Oleh itu, untuk menjimatkan disc space; anda disarankan untuk download kesemua fail backup tersebut (biasanya dalam format .TAR.GZ ) ke dalam PC atau thumbdrive anda, dan kemudian, delete backup asal (di dalam hosting anda) tersebut, untuk mengelakkan disc space hosting anda penuh.

 

 

  • 2 Users Found This Useful
Was this answer helpful?

Related Articles

Does NetKL do hosting/website backup?

<English Version>   Question : Does NetKL do hosting/website backup?   Answer : Yes,...