Onpay ( www.onpay.my ) adalah portal yg menyediakan servis dan sistem untuk menguruskan tempahan, jualan, invois, database, hebahan emel & SMS.
Jika anda tidak guna Custom Domain, alamat page jualan anda di Onpay adalah seperti ini : https://pagejualansaya.onpay.my (contohnya)
Jika anda guna Custom Domain, alamat page jualan anda di Onpay akan berubah kepada : https://pagejualansaya.com (contohnya)
Ada 4 cara untuk setup Custom Domain anda ke Onpay.
Cara mana yg patut anda guna?
Ia bergantung kepada :
a) samada domain tersebut guna mana2 hosting (samada dari NetKL, atau mana2 syarikat hosting lain), atau tidak.
dan
b) samada anda ingin guna nameserver NetKL (iaitu: ns27.netkl.com & ns28.netkl.com ), atau nameserver Cloudflare.
Secara ringkasnya, ada 4 Situasi.
Anda mungkin berada di dalam mana2 situasi di bawah :
Situasi 1 :
Jika domain anda tidak guna mana2 hosting, dan anda ingin guna nameserver Cloudflare , sila ikut panduan video ini : https://www.youtube.com/watch?v=HKj75VrKPeI
Situasi 2 :
Jika domain anda menggunakan hosting NetKL, dan anda ingin guna nameserver Cloudflare , sila ikut panduan video ini : https://www.youtube.com/watch?v=nYoG6THkTe0
Situasi 3 :
Jika domain anda tidak guna mana2 hosting, dan anda ingin guna nameserver NetKL , sila ikut panduan video ini : https://www.youtube.com/watch?v=jiK0ANA2Tj4
Situasi 4 :
Jika domain anda menggunakan hosting NetKL, dan anda ingin guna nameserver NetKL , sila ikut panduan video ini : https://www.youtube.com/watch?v=IcW1HZ3MfGY
Sila pilih situasi anda, dan ikut panduan video yg diberikan di atas.
Jika anda perlukan bantuan Support Team NetKL utk buatkan setting tersebut, sila hubungi kami di Livechat : https://m.me/netkl pada bila2 masa.
Kami akan bantu buatkan dgn senanghati & PERCUMA sahaja :)