Database boleh menjadi rosak kerana beberapa sebab, terutama berpunca dari kecacatan script/plugin website. Jika ini berlaku, anda boleh cuba membaiki table database menggunakan phpMyAdmin.
Untuk membaiki table database MySQL, ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke cPanel.
- Dalam bahagian DATABASES skrin utama cPanel, klik phpMyAdmin :
Halaman pentadbiran phpMyAdmin muncul dalam tetingkap baru.
-
Di panel sebelah kiri, klik nama database yang ingin anda kerjakan. Sebagai contoh, imej berikut menunjukkan database example_wordpress yang dipilih:
-
Di panel sebelah kiri, pilih/tanda kotak untuk table dalam database yang ingin anda pulihkan.
Untuk memilih semua table sekaligus, sila pilih kotak 'Check All' . - Dalam kotak Senarai pilihan , pilih 'Repair table' . phpMyAdmin memberitahu anda sama ada proses pembaikan berjaya atau tidak.