(English)
Pakej Hosting Baru NetKL (Xtended Plans) (dengan Spesifikasi yang jauh lebih Tinggi) Kini Jadi Rebutan!
 
Salam, buat semua klien NetKL yang dihargai,

Salam AidilAdha, dan selamat kembali dari bercuti!

Sukacita dimaklumkan, bahawa NetKL telah melancarkan rangkaian pakej hosting baru (Xtended Plan) sejak 10 September 2016 yang lepas, di mana, harga pakej tersebut masih kekal sama, tetapi, spesifikasi/had limit nya (seperti Disc Space,  Bandwidth, SQL Database, dsb nya) telah dinaikkan, antara 200% sehingga 500%, di dalam usaha kami untuk menambah nilai produk/servis kepada pelanggan (samada klien sediaada, atau, pelanggan baru).

Berikut adalah pakej SHARED HOSTING NetKL yang lama : http://billing.netkl.com/cart.php?gid=19

Manakala, berikut pula adalah pakej SHARED HOSTING baru NetKL yang telah dinaiktaraf (iaitu Xtended Plans) : http://billing.netkl.com/planscomparison.php
Hosting Plans Comparison

Antara klien yang boleh menikmati pakej hosting baru (Xtended Plan) ini ialah :

1) Pelanggan baru/sediaada/lama (yang membeli hosting baru dari NetKL pada/sejak 10 September 2016).
2) Pelanggan sediaada (yang mahu renew hosting sediaada mereka, yang bakal expired tidak lama lagi)
3) Pelanggan sediaada (yang mahu renew hosting sediaada mereka lebih AWAL, walaupun expiry date nya masih lambat lagi)

Nota:
- Selepas pakej baru diaktifkan, ia boleh dinikmati serta-merta, sehingga lah ia expired nanti.

Kami berharap, kesemua pakej hosting baru (Xtended Plan) kami menepati citarasa/keperluan bisnes anda.

Pada masa yang sama, kami juga akan sentiasa cuba menambahbaik mutu servis kami, agar sentiasa menjangkaui jangkaan anda.

Semoga bisnes/projek anda semakin maju! :)

Jika anda perlukan sebarang info/penjelasan/bantuan, sila hubungi kami semula di : http://billing.netkl.com/contact.php


-------------
Yang benar,

NetKL Network | Quality Hosting at a Budget Price

Hotline: 1700-804-800
Call : +6018-309 1227
Fax: +603-7966 5675
Email: sales@netkl.com
Website: http://www.netkl.com


Thursday, September 15, 2016







« Back